hah cerita pasal si muka tembok ni. ada lah si polan kat office ni, dia orang IT sebenarnya. jarang sangat masuk office. senang cerita dia masuk jika perlu sahaja.
pada suatu petang yang indah ni, dia bawa anak dia singgah ke office, yelah masa tu cuti sekolah. anak dara dia ni badan besar dari sya, tapi pakai seluar duduk terkangkang satu hal. lepas tu, manager sya belanja KFC masa tu. so kami pun makan kat office. tengok-tengok, anak dia dah pecut ke dapur ambil pinggan. kami pun blur lah! gila muka tembok minah ni kan? lepas tu, tiba-tiba dia kat depan, tanpa dipelawa ambik ayam sampai 4 ketul! pergh! sya pun makan baru 2 ketul. lepas tu ada potato yang belum dibuka, dia pun dengan bangganya tunjuk kat kotak tu sambil berkata "buka tu!". semua orang tak layan. -tepuk tangan-
lepas semua dah habis makan, dia datang lagi tunjuk kat dalam kotak ayam tu "eh got chicken some more lah!". tanpa segan silu dia ambik lagi dan lagi. satu office bengang. yang penting ramai senior staff yang perli dia! pas urusan mak dia settle, mereka pun balik. tiba-tiba petang tu mak dia call office, and marah manager kami. cakap kami buli anak dia. semua orang cam sakit hati! manager kami apa lagi, cakap lah yang dia tak ada masa nak layan minah tu!
kadang-kadang sya pun tak faham kenapa masih wujud orang kat muka bumi ni yang berperangai macam dia. dasar muka tembok betul! syukurlah tiada dikalangan kawan-kawan sya yang macam tu.
No comments:
Post a Comment