Thursday, February 21, 2013

Orang Ketiga!

mesti semua perempuan kat muka bumi ni x suka dengan gelaran orang ketiga kan? tapi kadang-kadang, ada jugak perempuan yang masih tak paham bahasa.

ingatkan bahagia kembali, rupanya makin parah. kadang2 sya pun rasa give up. entahlah, berserah je lah pada takdir. berat hati tu memang berat. tapi nak buat cam mana. redha jelah yang paling senang. sebab dah berkali-kali mesej orang tu pun still ganggu gak. lagipun orang yg sya syg tu pun sendiri dah post kat akaun twitter dia "sayangnya hatiku bukan milikmu lagi". dah tentu2 statement itu ditujukan bt aku. takkan untuk orang baru pulak.

takpelah. 2 bulan ni mmg sy dh penat. zahir & batin sy penat. fizikal & mental sy penat. sy nk ckp apa pun takda guna sbb di mata dia tetap orang baru. klu dia rasa sy ni wujud lagi, pandailah dia cari sya. tapi kalau dia memang buat keputusan utk terus bersama org baru, itu hak dia dan terserah dia. penat dah sya pujuk dari bulan pertama smpai sekarang. tapi takda beza.. yang jadi org ketiga tu, tahniah lah sebab dh berjaya porak-perandakan hubungan orang. jgn lupa, what goes around comes around. cheers!

skrg sya fokus utk mulakan hidup baru! chayok2. tipulah ckp x sakit, tak terluka, but i'll try my very best! 

GOD willing - AMEN! 

Wednesday, February 13, 2013

Valentine's Day

Hi semua!


seperti tahun yang terdahulu, menjelang hari kekasih je semua issue timbul. yg penting, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan pelbagai agama mahupun kepercayaan, sy sgt tidak bersetuju kalau ada sesetengah pihak yg sering menyalahkan Hari Valentine berpunca dari agama Kristian. sy bukan memihak atau cuba untuk mempertahakan agama sy, cuma sy lebih mengetahui asal usul kedatangan hari tersebut. yang pasti, Hari Valentine tidak tertulis di dalam kitab Injil, perjanjian baru mahupun perjanjian lama. yes, kalau ya, pasti setiap tahun pihak gereja akan menganjurkan misa malam Valentine. dan sebagai org Kristian, sy hadir ke misa Ash Wednesday yang jatuh pada 13 February 2013. sy langsung tak endah & tak ingat 14 February sebagai hari kekasih, hari untuk berzina etc.

dan sebagai org Kristian, sy sgt kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang menyalahkan agama sy malah mempertikaikan kewujudan hari kekasih sebagai hari untuk membuat maksiat. FYI, tak akan ada satu agama pun di muka bumi ini yg mengajar umatnya untuk berzina. agama duniawi mahupun syurgawi. itu yg PASTI!
dan sy sgt kecewa pabila segelintir pihak mengatakan bahwa agama Kristian mengajar org untuk berzina. itu sgt tidak benar!

dan perkara yg paling memalukn apabila kelihatan majoriti kaum M yang dicekup di hotel murah setiap tahun menjelang malam Valentine. mengapa tidak umat agama Kristian? sy bukan nak mencemuh mana2 kaum atau agama. cuma sy sgt kecewa bila kaum yg menghina itu lah yg mempunya peratusan paling tinggi yg ditangkap khalwat pd malam Valentine.

apa-apa pun.. harap sesangat.. pihak yg menunding jari tu.. didik lah anak bangsa sendiri dulu..

Graduation Day!

Thanks be to GOD!

Akhirnya.. setelah setahun lama ku menanti saat2 indah, akhirnya! Surat konvokesyen tiba di depan mata! Yuhuu. bertempat di PICC pada 13 April 2013 bersamaan dengan hari Sabtu!


Jumpa anda di sana wahai classmates batch 2009 of Diploma in Tourism Management. Doa-doakan lah ni bukan kali terakhir aku pakai jubah konvo. kalau boleh.. nak belajar sampai ke Master.. ke PHD. ada title Doctor kat depan.. kan seronok.. AMEN!

so planning nya... nak sewa kereta.. Viva manual pun jadilah.. pastu g rehearsal.. pastu g Sepang.. pastu g Cheras.. ambik barang.. pastu dtg Sepang balik.. so keesokkan harinya bersiap.. memandangkan majlis pukul 7 pagi.. hurmm..

nervous menjelang hari bahagia! :)

harap2 lah ada org ingat lagi 13 April tu.. 

Thursday, January 31, 2013

Trick Art Museum, I-City

HI! Bersempena dengan cuti Maulidur Rasul pada 24 Januari 2013 yang lepas, aku & colleagues office bercuti sehari ke I-City! Sampai jugak hajat aku nak tengok trick art museum.. sama je mcm kt Korea. cuma yang kat sini kecil sikit. Bayaran masuk cuma RM5 seorang.. seronok punya pasal sampai aku lupa nak pulangkan balik deposit kat counter.. jom tengok gambar-gambar kat bawah! best jugak.. lain kali pergi water park pulak ea :)

 cermin masa depan!

 Jambatan Curam~

 Yeah tolak Acah tolak! Kita nak masuk!

Ape kw bagi ni Haziq? :D
 Escape from critism 
 Selamatkan diri jom!!

 Angels!

 Office Mate :)
Acah :D

Selamat Pulang Bahagia...

setelah sebulan bertemankn air mata, aku betul2 berharap agar sinar kebahagian boleh muncul kembali, sama seperti kali pertama aku kenal dia. Seringku memohon agar hubungan itu semakin pulih. Hubungan yang telah sekian lama dibina, sedikit pun tidak aku ingin ia berakhir dengan hadirnya orang ketiga.

orang ketiga, selalu menjadi punca musnahnya sebuah kebahagian. dan aku berharap agar orang ketiga yang saban hari muncul di antara kami tak akan hadir lagi untuk meruntuhkan segala yang telah dibina. Meski berbeda iman, namun itu tidak pernah menghalang aku untuk terus perjuangkan kasih yang telah tercipta. Jika ditanya pada diriku sendiri, aku juga bingung.. tidak pernah tahu apa yang bakal terjadi pada masa depan.

buat orang ketiga, cukuplah dgn kehadiran awk yg hampir menghancurkan hubungan yang telah sekian lama dibina. lebih ramai lagi calon yang tak berpunya di luar sana, dan saya tak rasa awak wajib & perlu ambil hak milik orang. saya hormat awak sebab sy rasa kita sebangsa dan senegeri. dan sy x pernah menyangka kalau gadis seperti awak tergamak utk menghancurkn hubungan org. mungkin awak seronok jadi org ketiga. tapi jangan lupa, what goes around comes around.. sy tak nak awak menyesal x ke sudah nanti..

buat awak, sy selalu harap kalau kita masih boleh membina bahagia seperti dulu. mungkin janggal buat awak bt masa skrg, tapi takpa. take your time. sy akan selalu tunggu awk. smpai bila-bila.. 

Wednesday, January 16, 2013

Doaku, untukmu




Y
a Tuhan
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Tuhan
Sekiranya Ikhmal adalah pilihan Mu untuk aku
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya Ikhmal adalah suami yg akan membimbing tanganku dijalanMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya Ikhmal adalah bidadara untuk ku di Syurga Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan redha akan segala perintahnya
Sekiranya Ikhmal adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya Ikhmal lah jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Tuhan
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri nya kelak
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Tuhan sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Tuhan
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suamiku kelak
Bimbinglah aku menjadi isteri baik
Hanya padaMu Ya Tuhan ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang disenangi
Isteri yang sentiasa dihati
Ameennn...

Thursday, January 10, 2013

Salam Semua

Hi semua! Pada para Aaronators yang belum dapat lirik lagu Salam Semua - Sleeq ft Aaron Aziz,

Meh sya share ngan korang semua :)

SALAM SEMUA - Sleeq ft Aaron Aziz 

[Chorus]
Semangat aku yang membara
Sekuat semangat bercinta
Ku rela tinggalkan segalanya
Assalamualaikum semua

Oh oh

Bukan ku lupa
Ku tak akan lupa
Semuanya ku bawa ke situ
Soalnya dimana
Ke situ berada
Soalnya siapa berani ikut aku

Mereka kata ku lupa daratan

Dan ku hanya ingin mengejar nama
Mereka lupa tugas cari makan
Sampai bila aku nak tahan lapar

Kan ku janji mu untuk sedia

Sekurangnya tiga tahun
Ku setia kalau kau bersabar
Kan dengan setiap naik ada turun

Mama ada Papa ada tolong jagakan mereka

Sayang fahamkan aku sibuk bekerja
Dengan izin Tuhan perjalanan hidup kita lancar
Nascar aku balik kampung macam askar

[Ulang chorus]


Kan ku tinggalkan semuanya keluarga yang ku sayangi

Doa dari ibu ayah sokongan saudara memberi kekuatan padaku
Sepanjang perjalanan ini

Kadangkala di dalam kerjaya memerlukan pengorbanan

Dan pengorbanan itu penting di dalam kerjaya
Inilah cerita Aaron Aziz

Memang bukannya hatiku yang rela

Memang bukannya hatiku yang setuju
Untuk berjauhan dari keluarga
Untuk berpisah dengan buah hatiku

Ada yang kata diriku tak mampu

Bakat di wajah belum tahu laku
Jangan mencoba diri sendiri yang malu
Kemana pergi semangat orang Melayu

Ku diberikan kekuatan

Danish Anaqi yang pertama
Keduanya insan yang terindah
Ku namakan dia Dwi Ariana
Cahaya mata yang melengkapkan
keluarga Dahlia Arissa
Itulah hasil cinta diriku dengan Diyana

[Ulang chorus 2x]