Ya Tuhan
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Tuhan
Sekiranya Ikhmal adalah pilihan Mu untuk aku
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya Ikhmal adalah suami yg akan membimbing tanganku dijalanMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya Ikhmal adalah bidadara untuk ku di Syurga Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan redha akan segala perintahnya
Sekiranya Ikhmal adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya Ikhmal lah jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Ya Tuhan
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri nya kelak
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu
Ya Tuhan sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Tuhan
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suamiku kelak
Bimbinglah aku menjadi isteri baik
Hanya padaMu Ya Tuhan ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu
Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang disenangi
Isteri yang sentiasa dihati
Ameennn...
No comments:
Post a Comment