15 September 2012 - Akhirnya kahwin jugak kawan aku, Alia Firzana & Ayrul!
Aku bersama Alia Yuhanis bertolak dari Hentian Duta pada malam pernikahan Yaya. Perjalanan selama 5 jam begitu menyeronokkan! Kami tiba di kampung halaman Yaya (Bagan Serai, Perak) pada jam 1 pagi. wahhh. lambat tu.. Abang ipar & sepupu Yaya yang jemput :)
Setibanya di rumah pengantin, keadaan semua gelap! Yelah semua penat nak tidur besok kena bangun awal..
Kami sempat bersembang dengan Yaya sampai jam 4 pagi..
Keesokkan harinya, ibu Yaya bangunkan kami seawal jam 8 pagi. Setelah selesai bersiap & iron baju, aku mengikut Yaya ke butik pengantin!! Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke butik pengantin Melayu. Selesai di make up & di touch up, kami pulang ke kediaman pengantin. Menurut Alia Yuhanis, sesi Marhaban sedang diadakan di rumah. btw what is Marhaban? anyone can explain?
Selepas Zohor, majlis persandingan dimulakan. sejujurnya aku nervous! yelah tak pernah2 aku tengok event wedding Melayu. tiba2 upgrade jadi pengapit! 1.30 rombongan pengantin lelaki tiba bersama hantaran. tapi takda kompang pon??? owh dorang pakai CD.. well, that's creative! :)
penat jugak kipas pengantin. tapi menyeronokkan!
petang lepas majlis, aku join photoshoot diorang kat Tasik Taiping, Perak. sampai ke malam kami melilau.. semua orang2 sekeliling yang lalu mesti ucap tahniah! hahah. bila lah turn aku.. boleh ke aku kahwin? hahahaha.
malam tu kami semua kira duit angpau pengantin. total nya riban jugak lahh...
pape pun Sya nak ucapkan selamat pengantin baru Yaya & Ayrul. Selamat berbahagia hingga ke akhir hayat.
amen!!
tq syg!!
ReplyDeletenak jdi pengapit x lagii.. hahaha
ReplyDeleteboleh je u!! :)
ReplyDelete