Kepada gadis-gadis di luar sana,
Sepertinya kebanyakkan gadis-gadis di Malaysia menggemari novel-novel cinta seperti Ombak Rindu, Pergilah Sepi etc.. Pernahkah kalian terfikir bahawa jejaka kacak, kaya dan bergaya yang sering kali muncul dalam novel tersebut ada dalam realiti kehidupan anda? Pasti semua inginkan kehadiran seseorang seperti Hariz, watak dalam novel Ombak Rindu wujud di dalam realiti kehidupan anda.
Kadangkala aku juga terfikir, mungkin kah aku akan bertemu dengan seseorang seperti Hariz? Apa mungkin aku akan jatuh cinta dengan seseorang seperti Adam Mukhriz di dalam novel Adam & Hawa? Atau itu cuma rekaan khayalan para penulis novel? Aku terus mencari jawapan. Apa kata korang join saya? Kita masuk ke alam khayalan. Tak lama, Sy minta 10 minit je!
Just imagine, awk merupakan seorang gadis biasa yang berjaya memasukki universiti swasta yang terkenal di tengah ibu kota atas tajaan biasiswa. Bertemu dengan seorang anak orang kaya yang angkuh pada mulanya, but at the end, jatuh cinta dengan awak. mesti best kan?
sebenarnya tu sinopsis novel yg sy nak cipta. kalau dulu zaman sekolah menengah sy suka buat cerpen byk2 lepas tu bawa gi sekolah, excited tgk kwn2 meleleh2 baca. hahahahha
k lah sy nak tgk tv dulu. bye :)