Tuesday, February 15, 2011

seandainya sudah suratan...

14 feb - merupakan tarikh keramat dlm sejarah percintaan aku. ececeh. bunyi cam apa jak.

aku keluar dari rumah jam 7 malam. Berseorangan, tanpa sesiapa menemani ku. Aku inform Traceen yg aku gi beli barang. Cuma tak nak mereka risaukan aku. Aku sedih. Aku sgt2 sedih. Tak pernah ku pinta dijodohkan dengan dia yg tak seagama dgnku. Tuhan, besar sungguh dugaanMu. Masa berlalu masa, kaki aku terus melangkah berjalan tanpa tujuan di Bukit Bintang. Satu-satunya tempat yg sering aku kunjung. Hari Kekasih? Patutlah ramai pasangan sedang hangat bercinta berkeliaran di sekitar kawasan segi tiga emas ini. Aku bingung. Dan bertambah bingung. Harus kah ego ku bertambah tinggi atau harus ku merayu pada dia?

Hari semakin gelap, semakin ramai insan-insan tidak bermoral mula berkeliaran di sekitar Time Square. Perasaan marah dan kecewa aku membuatkan aku tidak gerun melihat keadaan sekeliling. Aku disapa sekumpulan pemandu teksi, aku diusik seorang pengkid. Aku mulai buntu. Namun ego dalam hati ini berkeras untuk bermalam di Bukit Bintang. Aku menoleh dan aku terpandang seorang Cina menghisap rokok sambil bermain gameboy. 7E! Hatiku terlintas untuk ke sana. Inilah kali pertama dalam sejarah hidup aku membeli sekotak rokok sendiri. Rokok dan lighter yang dibeli sendiri.

Ya, perasaan marahku masih berkobar-kobar. Semua panggilan dari rakan-rakan tidak ku endah. Aku cuma mahu bersendirian. Jauh di hati kecil ku ini, aku bertanya pada diri sendiri. Mampu ka aku nak nyalakan lighter? Bukan ke itu satu kelemahan besar aku? EGO. bila ego menguasai diri. Semua yg buruk akan terjadi. Dengan slamber aku menghisap hampir 4 batang rokok dalam masa sejam. Hati aku benar-benar buntu.

Aku sedar, rakan dia risaukan kami. Risaukan lokasi aku, risaukan kesihatan dia. Aku bertambah terguris. Pabila teman-temannya memujuk, agar aku mengambil jalan untuk mengikut dia. Sambut doaku ya Tuhan. Kerna hanya Dia saja yg phm perasaan aku waktu itu. Aku tidak pernah memandangkan rendah atau memperlekehkan agama orang. Kerna itu adalah hak dan prinsip agama masing2. I was born to be a Catholic. And I'll die as a Catholic.

No comments:

Post a Comment