Tuesday, December 21, 2010

laporan kaji cuaca December






yeah harini saya ingin mengarut di blog sendiri! hehehe. bermula di Kuala Lumpur,

salji dikatakan lebat sehingga menyebabkan beberapa laluan utama di sekitar ibu kota terpaksa ditutup. berikutan dengan laluan train komuter, monorail dan LRT, kebanyakkan gerabak sukar untuk bergerak ekoran dari ribut salji yang sangat tebal melanda kota metropolitan ini. pihak DBKL sedang berusaha untuk mencedok salji yang menghalang lalu lintas.

manakala di bahagian Borneo pula, salji dilaporkan tidak setebal di KL kecuali di kawasan Serian. aktiviti beli belah sempena perayaan Christmas yang bakal menjelang 4 hari lagi sangat dirasai oleh semua penduduk. bagi para mahasiswa dan mahasiswi yang beragama Kristian dan tidak dapat pulang ke kampung halaman, anda boleh bermain salji secara ramai2 di dataran merdeka yang dibuka percuma untuk semua.

Jualan baju2 tebal di sekitar Bukit Bintang juga dilaporkan sangat laris berikutan dengan cuaca sejuk di kawasan Kuala Lumpur. begitu juga dengan kota keriangan di Genting Highland, aktiviti out door terpaksa dihentikan disebabkan ketulan ais di bahagian tasik.

pengumuman bagi Misa malam Christmas di Gereja St Joseph, Sentul akan diadakan pada jam 9.00 malam manakala Misa pagi Christmas pada jam 9.30 pagi. Selamat Menyambut Hari Natal 2010 :)

p/s : semua ini adalah hasil dari imaginasi sy yg cukup kreatif dan mengarut! harap maklum semua ^^

No comments:

Post a Comment