Monday, March 4, 2013

Bulan March!

hi! sedar tak sedar kita dah masuk bulan March! lagi sebulan aku nak convo! convo je ke yang aku ingat? nah.. yang lain campak tepi dulu. duit? harus digali hari-hari.

urmm.. bila fikir balik, aku rasa makin dewasa aku, makin banyak dugaan dan cabaran yang aku lalui. berbanding dengan kehidupan zaman kampus aku dulu. semuanya indah! kawan-kawan, assignment yang tak siap hantar minggu depan pun takper.. tapi sekarang, nak hadap boss, nak hadap office, colleague yang kadang2 tak berapa nak colleague sangat. hurmm.. terfikir jugak nak balik Sarawak. tapikan, malas lah balik. balik sana takda freedom. bukan maksudnya sya x suka dikongkong, tapi yelah dah 4 tahun duduk kt KL. so dah biasa jalani kehidupan mcm ni.

pape pun.. sy selalu berharap, yang apa yang saya impikan selalu menjadi nyata, untuk bahagiakan keluarga dan juga kawan-kawan. soal cinta? aku selalu serahkan pada Illahi. kerna Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk yang percaya akan Dia. God willing!

okeylah.. sya nak sambung balik quotation yang tak habis-habis ni. kang lambat reply ada pulak yang resend! huh..

Tuesday, February 26, 2013

Fakta Setelah Punyai Anak!


20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertam
a. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Thursday, February 21, 2013

Orang Ketiga!

mesti semua perempuan kat muka bumi ni x suka dengan gelaran orang ketiga kan? tapi kadang-kadang, ada jugak perempuan yang masih tak paham bahasa.

ingatkan bahagia kembali, rupanya makin parah. kadang2 sya pun rasa give up. entahlah, berserah je lah pada takdir. berat hati tu memang berat. tapi nak buat cam mana. redha jelah yang paling senang. sebab dah berkali-kali mesej orang tu pun still ganggu gak. lagipun orang yg sya syg tu pun sendiri dah post kat akaun twitter dia "sayangnya hatiku bukan milikmu lagi". dah tentu2 statement itu ditujukan bt aku. takkan untuk orang baru pulak.

takpelah. 2 bulan ni mmg sy dh penat. zahir & batin sy penat. fizikal & mental sy penat. sy nk ckp apa pun takda guna sbb di mata dia tetap orang baru. klu dia rasa sy ni wujud lagi, pandailah dia cari sya. tapi kalau dia memang buat keputusan utk terus bersama org baru, itu hak dia dan terserah dia. penat dah sya pujuk dari bulan pertama smpai sekarang. tapi takda beza.. yang jadi org ketiga tu, tahniah lah sebab dh berjaya porak-perandakan hubungan orang. jgn lupa, what goes around comes around. cheers!

skrg sya fokus utk mulakan hidup baru! chayok2. tipulah ckp x sakit, tak terluka, but i'll try my very best! 

GOD willing - AMEN! 

Wednesday, February 13, 2013

Valentine's Day

Hi semua!


seperti tahun yang terdahulu, menjelang hari kekasih je semua issue timbul. yg penting, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan pelbagai agama mahupun kepercayaan, sy sgt tidak bersetuju kalau ada sesetengah pihak yg sering menyalahkan Hari Valentine berpunca dari agama Kristian. sy bukan memihak atau cuba untuk mempertahakan agama sy, cuma sy lebih mengetahui asal usul kedatangan hari tersebut. yang pasti, Hari Valentine tidak tertulis di dalam kitab Injil, perjanjian baru mahupun perjanjian lama. yes, kalau ya, pasti setiap tahun pihak gereja akan menganjurkan misa malam Valentine. dan sebagai org Kristian, sy hadir ke misa Ash Wednesday yang jatuh pada 13 February 2013. sy langsung tak endah & tak ingat 14 February sebagai hari kekasih, hari untuk berzina etc.

dan sebagai org Kristian, sy sgt kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang menyalahkan agama sy malah mempertikaikan kewujudan hari kekasih sebagai hari untuk membuat maksiat. FYI, tak akan ada satu agama pun di muka bumi ini yg mengajar umatnya untuk berzina. agama duniawi mahupun syurgawi. itu yg PASTI!
dan sy sgt kecewa pabila segelintir pihak mengatakan bahwa agama Kristian mengajar org untuk berzina. itu sgt tidak benar!

dan perkara yg paling memalukn apabila kelihatan majoriti kaum M yang dicekup di hotel murah setiap tahun menjelang malam Valentine. mengapa tidak umat agama Kristian? sy bukan nak mencemuh mana2 kaum atau agama. cuma sy sgt kecewa bila kaum yg menghina itu lah yg mempunya peratusan paling tinggi yg ditangkap khalwat pd malam Valentine.

apa-apa pun.. harap sesangat.. pihak yg menunding jari tu.. didik lah anak bangsa sendiri dulu..

Graduation Day!

Thanks be to GOD!

Akhirnya.. setelah setahun lama ku menanti saat2 indah, akhirnya! Surat konvokesyen tiba di depan mata! Yuhuu. bertempat di PICC pada 13 April 2013 bersamaan dengan hari Sabtu!


Jumpa anda di sana wahai classmates batch 2009 of Diploma in Tourism Management. Doa-doakan lah ni bukan kali terakhir aku pakai jubah konvo. kalau boleh.. nak belajar sampai ke Master.. ke PHD. ada title Doctor kat depan.. kan seronok.. AMEN!

so planning nya... nak sewa kereta.. Viva manual pun jadilah.. pastu g rehearsal.. pastu g Sepang.. pastu g Cheras.. ambik barang.. pastu dtg Sepang balik.. so keesokkan harinya bersiap.. memandangkan majlis pukul 7 pagi.. hurmm..

nervous menjelang hari bahagia! :)

harap2 lah ada org ingat lagi 13 April tu.. 

Thursday, January 31, 2013

Trick Art Museum, I-City

HI! Bersempena dengan cuti Maulidur Rasul pada 24 Januari 2013 yang lepas, aku & colleagues office bercuti sehari ke I-City! Sampai jugak hajat aku nak tengok trick art museum.. sama je mcm kt Korea. cuma yang kat sini kecil sikit. Bayaran masuk cuma RM5 seorang.. seronok punya pasal sampai aku lupa nak pulangkan balik deposit kat counter.. jom tengok gambar-gambar kat bawah! best jugak.. lain kali pergi water park pulak ea :)

 cermin masa depan!

 Jambatan Curam~

 Yeah tolak Acah tolak! Kita nak masuk!

Ape kw bagi ni Haziq? :D
 Escape from critism 
 Selamatkan diri jom!!

 Angels!

 Office Mate :)
Acah :D

Selamat Pulang Bahagia...

setelah sebulan bertemankn air mata, aku betul2 berharap agar sinar kebahagian boleh muncul kembali, sama seperti kali pertama aku kenal dia. Seringku memohon agar hubungan itu semakin pulih. Hubungan yang telah sekian lama dibina, sedikit pun tidak aku ingin ia berakhir dengan hadirnya orang ketiga.

orang ketiga, selalu menjadi punca musnahnya sebuah kebahagian. dan aku berharap agar orang ketiga yang saban hari muncul di antara kami tak akan hadir lagi untuk meruntuhkan segala yang telah dibina. Meski berbeda iman, namun itu tidak pernah menghalang aku untuk terus perjuangkan kasih yang telah tercipta. Jika ditanya pada diriku sendiri, aku juga bingung.. tidak pernah tahu apa yang bakal terjadi pada masa depan.

buat orang ketiga, cukuplah dgn kehadiran awk yg hampir menghancurkan hubungan yang telah sekian lama dibina. lebih ramai lagi calon yang tak berpunya di luar sana, dan saya tak rasa awak wajib & perlu ambil hak milik orang. saya hormat awak sebab sy rasa kita sebangsa dan senegeri. dan sy x pernah menyangka kalau gadis seperti awak tergamak utk menghancurkn hubungan org. mungkin awak seronok jadi org ketiga. tapi jangan lupa, what goes around comes around.. sy tak nak awak menyesal x ke sudah nanti..

buat awak, sy selalu harap kalau kita masih boleh membina bahagia seperti dulu. mungkin janggal buat awak bt masa skrg, tapi takpa. take your time. sy akan selalu tunggu awk. smpai bila-bila..