Sunday, December 19, 2010

berlalu kisah semalam :)

hey girl! wake up! yuhuu. finally sy dah boleh trima hakikat dgn perlahan. Syukur Tuhan. tapi kadang2, rindu tue dtg jugak. tapikan.. huh.

few days ago, aku gi Maju Junction. ku jumpa si ashraf, sama kerja dolok. so nya dtg, tegur ku.
"heyh. masih lagi ngan BF yg dulu tu kee??". aku pun fikir. hah? owh dzul.
"nOpe. no more. knapa?".
"auch. so sorry.. tak sangka plak eaa.. asal break??".
"urmm dah takda jodoh, what to do? :)".
"takpelah sya. nanti die cari gak kw tue".

next :

my own auntie
"feli, kau agik kah ngan zul?".
"urmm sikda aieh auntie."
"so nektok single lah?".
-----------------------------

next :
traceen : sya! berbaju melayu kau?".
me : yearpp. dzul punya. baju biru yg ada kolar pg tadi pun dzul punya..
traceen : i see..

next :
sebulan lebih, baru aku beranikn diri dgr lagu fav nya dulu2. "there's only 1 thing, 2 do, 3 words, 4 u, ILY".


arrrgggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! kemana arah hendak ku tuju, bila hatiku rindu pdmu. :(

Thursday, December 2, 2010

Seasons Greeting

it's december! OMG i can't wait for christmas! ahaks, this is my 4th year for not celebrating xmas with my family in Serian. T_T no christmas break, no study week, argh!!

hey! btw KL dah mula mengrismaskn diri! hehehe. these pictures had been taken by me and my friends about 2 weeks ago since KL's shopping mall started to mengerismaskan diri mereka.

Pavilion, KL

Christmas carol at berjaya time square

Pavilion :)

pavilion again!

merry xmas !!!

Tuesday, November 30, 2010

That Night

masa raptai

si acu chot!

Hijau warna daun :)

tu hiasan yang aku cakap yg boleh mkn tu!


hey i'm back! saya sudah cukup lama tak update blog. huhuu.

urmmm btw nak share something really fun with u guys! me, feny, raymond, min and akmal went to Hilton Hotel, Petaling Jaya on last Sunday night. actually kat situ memang dari tengah hari pon tambah ngan rehearsal lagi. hehehe. kami buat 2 tarian, etnik Malaysia & joget tak ingat tapi pakai lagu tualang tiga tu.

pagi2 dah ku bangun g depan KLMU. udahlah kosong, kena kejar kucing lagi dekat havela. argh! hate it! sampai bila aku nak fobia ngan kucing pun aku tak tau! huh. memalukan! sampai2 jak dorang akmal dorang gelak kat aku, macam anak pungut saja. hahahaha. sengal!

tunggu feny, trus kami gerak gi PJ. sampai c'tu, kat depan lobi tu ada hiasan x'mas. sumpah lawa! tapi kan, bila lama-lama kami tengok baru perasan boleh makan! tapi memang cantik. macam perkampungan di pergunungan eropah. cantek.. dengan landasan keretapi nya, rusa nya, xmas tree nya, waaahhh!! kami tunggu bekas pensyarah raymond. it's about 2 rasa ku bila kami start practice balik, training pun dari Jumaat saja. aritu Ahad.

OKEY, malamnya sudah tiba, make up suma dah, argh! kedapatan saya dengan raymond. ehehe. something yang peribadi lah jugak tak dapat lah nak share kat blog. hahahhahaa. dorang malam tu tau lah. best jugak lah menari malam tu tak ramai sangat tetamu cuma international people saja ramai kat c'tu.

sayang, x dapat makan. huh. tetamu tu ambik meja kami. what to do, janji kenyang tadinya. baliklahh kami around jam 10 camtu, first hantar feny balik KL sentral coz dia naik KTM. pastu baru hantar aku balik Sentul. Penat! yeahhh. esoknya klas jam 8 pagi aku tak terbangun. cuma mampu pergi yang tengah ari jak. sory sir ashar! hhiiihiii~

Saturday, November 20, 2010

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia STPM 2010


kwn2 tsyg sekalian!!!

sy Felicity Alicia Jones, berIC kn 910823135444, ingin mengucapkan salam aidiladha. hahaha. yalah. skali ngan STPM. do the best k? sy syg korang suma!

6 Atas 2 SMK Tarat,
6 tahun setengah kita sama klas, for those yg skelas sejak F1 lah, thanks for being such a great friends, classmates, sisters & brothers to me. STPM ya jawab mena-mena. seriously ku sedih xdapat duduk kat meja exam ya dengan korang padahal kita register sama2, orientasi sama2 tahun lepas, masa lalu cepat gilak aieh. ooommggg. tears rolling down my cheeks! T_T

lekak STPM tok, boh give up, boh sedih tinggalkan sekolah, sebab alam universiti sangat2 best!! yang penting, pelajar hensem dari fakulti sains & kesihatan selalu molah ku rambang mata. hahaha. mok jwak padah. serious, that's why korang boh stop sia jak. sambung gik, kelak ku kejar korang kat degree ahh! sik lama ya, tahun depan jak bah (: sayang korang gilak2.

Rehan Nia Puspa Effa Billa Adel Claire Mei Choo Fran & lain-lain. All the best k!!!


kwn2 kat SMK Kubong Limbang,
hehehe. korang pun samaa ah buat yg terbaik, kita jumpa di IPTA taun depan k! (God's will). AMEN. ya pun mun ku sempat kejar intake. huhuuu.. pada seseorang yg berkenaan ya, do your best k. lama dh ku kenal kw, mun kw madah ya kw mau, mesti kw dpt, so, what are u waiting for?? GO! akademi pilot tunggu kau bah (:

Tuesday, November 16, 2010

officially OVER


Hey peeps! FINALLY, after 2 & a half year, trying my very best to 'save' my relationship, finally, 9 November 2010, yeahh. Gonna remember this date FOREVER. Dzulkarnain, yes. I am going to miss him so much. Lord, guide him so that he can do his best for this coming STPM 2010, fulfill all his dreams. Ahh I'm not going to type more, tears starting to roll down my cheeks. ehehehhe. Arghh! no can't stop typing. can't take him off out of my mind!!!

hey girls & guys out there. what are u waiting for? hahaha. just kidding. nevertheless, life must go on. right? yeahh chayok2 feli. u can do it!! ahhhh!! TENSION! gonna miss him, everything about dzul, every single thing about him. T_T

bye for now. huhuu..

Monday, November 8, 2010

Smile because everyone loves u feli!

KANSER KOLON AWAS NAJIS MERAH

Kanser kolon merupakan kanser yang terdapat di dalam usus besar (kolon) iaitu bahagian bawah sistem pencernaan anda. Kanser rektal pula terdapat di lapan hingga 10 inci terakhir kolon. Apabila kedua-duanya bergabung, ia dikaitkan dengan kanser kolorektal dan menjadi punca kedua kematian yang melibatkan kanser di Malaysia terutamanya kaum lelaki.


Simptom-simptom

Seperti kebanyakan pesakit kanser kolorektal, anda mungkin tidak mempunyai sebarang simptom di tahap awal penyakit ini. Simptom- simptom berbeza bergantung saiz kanser dan kedudukannya di dalam usus besar. Dalam beberapa kes, simptom-simptom ini mungkin terjadi bukan disebabkan kanser tetapi penyakit usus radang, sindrom usus rengsa dan kadangkala divertikulitis. Berjumpalah doktor sekiranya:

  • Perubahan di dalam tabiat usus termasuk diarea/cirit-birit atau sembelit atau perubahan tabiat membuang air besar anda buat beberapa minggu
  • Najis yang ‘sempit’
  • Perdarahan rektal atau najis berdarah
  • Rasa tidak selesa pada abdomen yang berterusan seperti kekejangan, angin atau rasa sakit
  • Abdomen sakit apabila membuang air besar
  • Rasa seperti usus tidak dikosongkan sepenuhnya
  • Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya.


Faktor-Faktor Risiko

  • Kanser kolon dan rektal boleh merebak tanpa mengira usia, dan tiada siapa yang terlalu muda untuk mendapat kanser kolorektal. Kira- kira 90 peratus pesakit berusia lebih 50 tahun.
  • Jika anda pernah mempunyai kanser kolorektal atau adenoma polipus, anda berisiko lebih tinggi untuk menghidap kanser kolorektal pada masa akan datang.
  • Kebarangkalian anda menghidapi kanser kolorektal adalah tinggi sekiranya ahli keluarga anda mempunyai penyakit tersebut.
  • Kanser kolon dan rektal mungkin dikaitkan dengan diet yang rendah fibernya dan tinggi dalam lemak dan kalori.
  • Apabila anda tidak aktif, sisa-sisa buangan akan berada di dalam kolon anda dengan lebih lama. Dengan melakukan aktiviti fizikal secara teratur akan mengurangkan risiko kanser merebak.
  • Pesakit diabetes mempunyai sehingga 40 peratus risiko kanser kolorektal.
  • Terdapat lebih 1:10 penyakit kanser kolorektal yang mengakibatkan maut berpunca daripada merokok. Jika anda pernah didiagnosis dengan kanser kolorektal, perokok mempunyai 30 hingga 40 peratus risiko untuk meninggal dunia disebabkan penyakit yang mendatangkan maut ini.
  • Terlalu banyak mengambil alkohol

Dapatkan Nasihat Perubatan
Jika terdapat simptom-simptom kanser kolorektal seperti darah di dalam najis atau perubahan yang berterusan dalam tabiat bowel anda, sila berjumpa doktor dengan segera.


Diagnosis Dan Penyaringan
Penyaringan adalah amat penting untuk mengesan polipus sebelum ia bertukar kanser. Pesakit juga mempunyai peluang yang baik untuk pulih jika kanser berjaya dikesan pada peringkat awal.

  • Pemeriksaan rektal secara digital, di mana doktor akan menggunakan jari yang bersarung tangan getah untuk memeriksa beberapa inci pertama rektum anda untuk polipus besar dan kanser
  • Ujian darah fekal okulta memeriksa sampel najis anda untuk darah
  • Sigmoidoskopi yang fleksibel. Doktor akan menggunakan tiub yang fleksibel, halus dan berlampu di hujungnya untuk memeriksa rektum dan sigmoid anda yang terletak lebih kurang dua kaki terakhir di dalam kolon anda
    Enema barium. Ujian diagnostik ini membenarkan doktor anda membuat penilaian keseluruhan usus besar anda dengan sinar-X
  • Kolonoskopi. Mirip kepada sigmoidoskopi yang fleksibel tetapi instrumen yang digunakan iaitu kolonoskop satu tiub yang panjang, kurus dan halus disambungkan ke kamera video dan monitor membenarkan doktor anda melihat keseluruhan kolon dan rektum anda
  • Ujian genetik. Jika keluarga anda mempunyai latar belakang sejarah kanser kolorektal, anda mungkin merupakan calon yang sesuai untuk menjalani ujian darah ini.

Rawatan
Jenis rawatan yang dicadangkan oleh doktor bergantung pada peringkat kanser yang dialami. Tiga pilihan rawatan yang primer adalah surgeri, kemoterapi dan radiasi. Pembedahan (kolektomi) adalah rawatan utama bagi kanser kolorektal. Berapa banyak kolon anda dibuang atau sama ada terapi-terapi lain seperti radiasi atau kemoterapi merupakan satu pilihan untuk anda, bergantung pada sejauh mana kanser itu menembusi dinding usus anda dan sama ada ia telah merebak ke limfa nodus atau bahagian tubuh anda yang lain.


Prosedur Pembedahan
Doktor bedah akan menyingkirkan bahagian kolon yang mengandungi kanser bersama sejalur tisu normal di mana-mana bahagian kanser tersebut untuk memastikan tiada kanser yang ditinggalkan.
Jika kanser anda kecil, terletak di dalam polipus dan berada di peringkat awal, doktor bedah anda boleh membuang kanser tersebut sewaktu kolonoskopi. Jika ahli patologi menentukan bahawa kanser di dalam polipus tidak membabitkan dasar di mana polipus terlekat di dinding usus, ini merupakan petanda baik bahawa kanser tersebut telah disingkirkan sepenuhnya. Jika kanser di tahap lanjut atau kesihatan anda agak lemah, doktor akan membuang sebahagian kecil kolon atau rektum anda.


Pencegahan

  • Banyakkan makan buah, sayur dan bijirin
  • Hadkan makanan berlemak lebih-lebih lagi lemak tepu
  • Ambil vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium, pyridoxine (vitamin B-6) dan vitamin B-9
  • Hadkan pengambilan alkohol dan berhenti merokok
  • Jalani kehidupan fizikal yang aktif dan kekalkan berat badan yang sihat
  • Mempertimbangkan pengambilan statin untuk kolestrol tinggi.

4 years from now~

Hospital Besar Kuala Lumpur - one of my new home now. Owh God, huh. I went there once in 3 weeks. Yalah. Swasta ubat mahal marh. the doctor advised me not to take too much meat, drink a lot of mineral water bla. bla. bla. pesanan lapok tu bai..

Dr Eric Munjan in Kuching said, there's nothing at first, but if there's no changes after in 3 months time, I better go & check with the Dr in KL. not to say nothing lah, just don't want to make me terkejut, that's all. I went to HKL, finished a bottle of ntah pape. The Chinese Dr asked me to do the therapy again, he asked whether I take ubat or sumbat dari belakang. I said ubat lah (menipu).
I went to HKL again last week & this time, the kakak counselor advised me not to give up, try my best to fight with this thing, take my ubat frequently, don't ever skip it & be strong, she promised that she'll help me, I'll fight it instead of wait until I reach the age of 23 and just die like that. NO, i am not. :)

peeps, support me. T_T