sedar tak sedar, minggu depan, dengan izinNya kita akan bertemu bulan Syawal sekali lagi! yeah! ini merupakan raya ketiga sya di Segamat dengan Ikhmal. baju raya tak beli2 lagi sebab tak tau lah nak beli hijau ke kuning ke biru. yelah Ikhmal kalau bawa g jalan TAR memang tak akan berhasil sebab mata je tengok dah rambang mata sangat last2 tak beli pape.
cerita pasal puasa, masuk hari ni dah seminggu saya tak puasa. yelah minggu lepas demam, lepas tu salah makan ubat. jadi overdose! nak tak nak kena datang balik clinic minta ubat kurangkan bengkak dimuka. kesian kan? tapi harap-harap lepas ni sya dah boleh berpuasa balik. lagi dua hari nak masuk 10 malam laidatul qadar. semoga semua selalu dibawah lindunganNya ya!
okeylah. sya pun dah nak last day dah kat MP. nak kena settle mana2 files yang pending. yang tak terbuat tu bagi jelah kat dorang2 nie. okey bye bye :)