Tuesday, February 26, 2013

Fakta Setelah Punyai Anak!


20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertam
a. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Thursday, February 21, 2013

Orang Ketiga!

mesti semua perempuan kat muka bumi ni x suka dengan gelaran orang ketiga kan? tapi kadang-kadang, ada jugak perempuan yang masih tak paham bahasa.

ingatkan bahagia kembali, rupanya makin parah. kadang2 sya pun rasa give up. entahlah, berserah je lah pada takdir. berat hati tu memang berat. tapi nak buat cam mana. redha jelah yang paling senang. sebab dah berkali-kali mesej orang tu pun still ganggu gak. lagipun orang yg sya syg tu pun sendiri dah post kat akaun twitter dia "sayangnya hatiku bukan milikmu lagi". dah tentu2 statement itu ditujukan bt aku. takkan untuk orang baru pulak.

takpelah. 2 bulan ni mmg sy dh penat. zahir & batin sy penat. fizikal & mental sy penat. sy nk ckp apa pun takda guna sbb di mata dia tetap orang baru. klu dia rasa sy ni wujud lagi, pandailah dia cari sya. tapi kalau dia memang buat keputusan utk terus bersama org baru, itu hak dia dan terserah dia. penat dah sya pujuk dari bulan pertama smpai sekarang. tapi takda beza.. yang jadi org ketiga tu, tahniah lah sebab dh berjaya porak-perandakan hubungan orang. jgn lupa, what goes around comes around. cheers!

skrg sya fokus utk mulakan hidup baru! chayok2. tipulah ckp x sakit, tak terluka, but i'll try my very best! 

GOD willing - AMEN! 

Wednesday, February 13, 2013

Valentine's Day

Hi semua!


seperti tahun yang terdahulu, menjelang hari kekasih je semua issue timbul. yg penting, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan pelbagai agama mahupun kepercayaan, sy sgt tidak bersetuju kalau ada sesetengah pihak yg sering menyalahkan Hari Valentine berpunca dari agama Kristian. sy bukan memihak atau cuba untuk mempertahakan agama sy, cuma sy lebih mengetahui asal usul kedatangan hari tersebut. yang pasti, Hari Valentine tidak tertulis di dalam kitab Injil, perjanjian baru mahupun perjanjian lama. yes, kalau ya, pasti setiap tahun pihak gereja akan menganjurkan misa malam Valentine. dan sebagai org Kristian, sy hadir ke misa Ash Wednesday yang jatuh pada 13 February 2013. sy langsung tak endah & tak ingat 14 February sebagai hari kekasih, hari untuk berzina etc.

dan sebagai org Kristian, sy sgt kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang menyalahkan agama sy malah mempertikaikan kewujudan hari kekasih sebagai hari untuk membuat maksiat. FYI, tak akan ada satu agama pun di muka bumi ini yg mengajar umatnya untuk berzina. agama duniawi mahupun syurgawi. itu yg PASTI!
dan sy sgt kecewa pabila segelintir pihak mengatakan bahwa agama Kristian mengajar org untuk berzina. itu sgt tidak benar!

dan perkara yg paling memalukn apabila kelihatan majoriti kaum M yang dicekup di hotel murah setiap tahun menjelang malam Valentine. mengapa tidak umat agama Kristian? sy bukan nak mencemuh mana2 kaum atau agama. cuma sy sgt kecewa bila kaum yg menghina itu lah yg mempunya peratusan paling tinggi yg ditangkap khalwat pd malam Valentine.

apa-apa pun.. harap sesangat.. pihak yg menunding jari tu.. didik lah anak bangsa sendiri dulu..

Graduation Day!

Thanks be to GOD!

Akhirnya.. setelah setahun lama ku menanti saat2 indah, akhirnya! Surat konvokesyen tiba di depan mata! Yuhuu. bertempat di PICC pada 13 April 2013 bersamaan dengan hari Sabtu!


Jumpa anda di sana wahai classmates batch 2009 of Diploma in Tourism Management. Doa-doakan lah ni bukan kali terakhir aku pakai jubah konvo. kalau boleh.. nak belajar sampai ke Master.. ke PHD. ada title Doctor kat depan.. kan seronok.. AMEN!

so planning nya... nak sewa kereta.. Viva manual pun jadilah.. pastu g rehearsal.. pastu g Sepang.. pastu g Cheras.. ambik barang.. pastu dtg Sepang balik.. so keesokkan harinya bersiap.. memandangkan majlis pukul 7 pagi.. hurmm..

nervous menjelang hari bahagia! :)

harap2 lah ada org ingat lagi 13 April tu..